Beberapa
bukti untuk memperkuat Abu Alanda sebagai tempat Gua Ashabul Kahfi,
diperkuat dengan sejumlah temuan benda-benda sejarah dan arkeologi.
1. Di gua ini terdapat tulisan
pada lengkuangan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan Masjid
diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin
Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahwa ketika era kerajaan
Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah
ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk
arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.
2. Tulisan khat Kufi. Ini
membuktikan, masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman
Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang
dimaksudkan ialah masjid yang dibangun berhadapan dengan gua Ashabul
Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman
Umawiah.
3. Kesan Nawawis di dalam gua.
Nawawis di dalam Mujam Wasit, memberi arti kubur orang nasrani yang
mayatnya diletakkan di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang
segi delapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada
kurun ke-3 masehi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani
akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka
yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka
dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.
4. Penemuan barangan tembikar,
duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah,
Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa
maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.
5. Al-Waqidi di dalam kitabnya
Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah
berhenti di Ain Ma’ berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di
Ain Ma’ tersebut berwudlu, shalat dan tidur di situ sebelum meneruskan
perjalanan ke Palestina. Ain Ma’ terletak 70 meter dari gua ashabul
kahfi.
6. Pokok zaitun berusia ratusan
tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang
pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam
muzium mini di dalam gua.
7. Penemuan tulang di dalam
Nawawis. Dikatakan bahwa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan
pemuda-pemuda tersebut. (sya/misteridunia.com/republika)
http://islamdigest.netsumber: http://www.infogue.com/viewstory/2009/08/27/bukti_sejarah_dan_arkeologi_gua_ashabul_kahfi_di_amman/?url=http://islamflash.b
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
terima kasih atas kunjungannya.